Thursday, 30 April 2015

Longkang

Diam tak bermakna suka..melawak boleh tapi ada hadnya kawan-kawan..nak melawak,nak bergurau..boleh.. tapi jaga hati kawan-kawan kita..melawak tapi tidak mengutuk..melawak tapi tidak menghina..apabila kita bergurau dan kawan kita dah buat  tak tau tu..hentikanlah..dia diam bukan bermaksud redha tetapi lebih kepada tidak suka bergaduh..sebab kawan-kawan..senang untuk mulakan perbalahan dan pergaduhan tetapi SUSAH untuk berbaik semula..susah..dan semestinya perlu ketepikan ego kita  untuk meminta maaf..

Satu lagi..aku nak cakap jugak pasal tajuk kita ni..LONGKANG..haha..baru nak masuk tajuk..apa kena mengena dengan longkang? aku ambik istilah ni daripada apa yang aku pernah dengar daripada orang..maaf kasar..tapi aku nak sebut jugak..”mulut longkang”..benci kan dengar perkataan ni? tambah-tambah kalau perkataan ni ditujukan kepada kita..apa sebenarnya mulut longkang yang aku maksudkan ni? mulut yang tak pandai dijaga, mulut yang hanya tahu bercakap tanpa menghiraukan perasaan orang lain, mulut yang berat untuk menuturkan perkataan “maaf”.. apabila hadirnya mulut ini maka yang lain akan mula meluat..lebih kurang macam ni la maksud dia..kasar kan? ya kasar..aku pun tak suka..

Tapi berapa ramai yang jenis cakap lepas..tak jaga hati orang lain? Kawal kata-kata kita..supaya tidak menghiris, mencincang, merincik, dan memotong dadu hati sahabat-sahabat kita..Aku yakin..ramai orang pernah rasa macam ni..jadi fikir la..apa yang orang akan rasa kalau kita melawak lebih-lebih..kadang-kadang kita buat rilek ja kan?tak pa..sabar ja..aku pun sedang berlatih untuk bersabar..aku pun tak tau setakat mana boleh bersabar..hahahaha..in sya Allah..aku akan cuba seupaya mungkin..aku teringat sepotong hadis riwayat Al-Bukhari yang berbunyi..

حدثنا آدم بن أبي إياس، قال: حدثنا شعبة، عن عبد الله بن أبي السفر، وإسماعيل بن أبي خالد، عن الشعبي، عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: «المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده، والمهاجر من هجر ما نهى الله عنه»

Maksudnya: Orang muslim itu adalah orang yang menyelamatkan semua orang Islam daripada bencana akibat ucapan dan perbuatan tangannya. Dan orang muhajir(orang yang berhijrah) adalah orang yang meningalkan segala larangan Allah.” 

nota kaki: Sahih Al-Bukhari, juzuk 1, muka surat 11, hadis no 10

Aku tak tujukan kata-kata ni kat sesiapa..aku pun ada terlepas cakap..ni adalah nasihat untuk kita bersama..sama-sama la kita berubah..yang penting kalau kita terlepas cakap cepat-cepat minta maaf..bukan apa..perkataan maaf yang ikhlas mampu menyejukkan hati yang tengah panas..ok la..panjang pulak kan..haha..semoga bermanfaat..nasihat tanda sayang..muah ciked..^_^


Sunday, 26 April 2015

Perahu retak


Perahu negeriku, perahu bangsa ku
menyusuri gelombang
semangat rakyat ku kibar benderaku 
menyeruak lautan

langit membentang cakrawala di depan
melambaikan tantangan
di atas tanahku, dari dalam airku
tumbuh kebahagiaan
di sawah kampungku, di jalan kotaku
terbit kesejahteraan
tapi kuheran di tengah perjalanan
muncullah ketimpangan
aku heran, aku heran
yang salah dipertahankan
aku heran, aku heran
yang benar disingkirkan
perahu negeriku, perahu bangsaku
jangan retak dindingmu
semangat rakyatku, derap kaki tekadmu
jangan terantuk batu
tanah pertiwi anugerah ilahi
jangan ambil sendiri
tanah pertiwi anugerah ilahi
jangan makan sendiri
aku heran, aku heran
satu kenyang, seribu kelaparan
aku heran, aku heran
keserakahan diagungkan

p/s: lirik lagu "perahu retak"


Friday, 17 April 2015

Beletiaq

Aku nak beletiaq sikit ni..hehe..makluman untuk yang keliru..beletiaq=berleter..takut jugak kalau orang ingat mencarut..haha..loghat utara ni..

Assalamu'alaikum..hai..^_^..hari ni aku nak komen sikit..alaaa..sikit ja..guna perkataan “aku” boleh kan?baru feel tu lebih sikit kalau guna “aku”..hehe..sebenarnya aku nak komen tentang orang yang suka pandang rendah kat orang lain..walaupun benda ni aku dah pernah tulis kat wall facebook aku, aku tak kira..nak tulis jugak sebab aku tak tau nak tulis apa dah..hahahaha..aku tulis ni jugak sebab minggu ni ramai sangat aku tengok yang komplen ramai budak-budak yang nampak alim, baik, muslimat dan seumpama dengannya ni pandang rendah kat orang yang berpakaian biasa-biasa dan baru nak berubah..dan sebenarnya jugak aku nak tulis ni sebab ada jugak orang jenis yang cakap tak jatuh..ada satu pantun orang dulu-dulu..tapi aku tak mau la sebut sebab kasar bunyinya..jangan pm aku nak mintak pantun ni..aku tak bagi..nanti takut jadi amalan pulak..haha

Ok la..kita masuk perenggan baru sebab pendahuluan tak boleh panjang-panjang..tapi terpanjang jugak..hahahaha..aku tengok sekarang ni kalau ada orang baru nak kenal Islam atau baru nak belajar tentang sesuatu perkara, dia mesti mencari kawan ataupun guru untuk bimbing dia..tapi apa yang dia dapat hanyalah perkataan kasar dan tak enak didengar..contohnya, “dah tua baru nak insaf”, ”terpesong jauh dah hang ni, jangan dekat ngan aku”, “dah tua pun tak reti baca quran lagi..memalukan” dan banyak lagi dialog yang seangkatan dengannya tapi aku malas nak taip..hehe..aku geram orang macam ni..menjatuh kan imej orang yang menggelarkan diri sebagai pendakwah ja..orang dah nak belajar..hang ajar dah la..kalau tak mau ajar mintak la tolong orang lain..tak perlu la nak hina..ish..bukan semua orang macam ni.. cuma segelintir..bak kata pepatah," kerana nila setitik rosak susu sebelanga"..lama dah tak guna pepatah dalam karangan ni..^_^

Aku bukanlah baik sangat..aku pun manusia..ada buat salah..ada buat dosa..aku pun bukanlah budak usrah..haha..tapi aku nak tegur jugak walaupun cara aku hanyalah dengan tulisan..tolong..kalau nak berdakwah biarlah kena dengan caranya..tengok cara Nabi Muhammad S.A.W ..Baginda tunjuk contoh terbaik..akhlak terbaik..kita pun kena la jadi macam tu..tunjuk contoh terbaik..qudwah hasanah..jangan tau nak hina dan caci orang ja..orang tu jahat la, orang tu dah tua tapi tak pandai ngaji la..hang jangan tau menghina ja..bayangkan kalau hang yang kena hina..bayangkan kalau hang dipandang rendah...mau berapi telinga ooo..semua orang buat salah..dan semua orang berhak berubah cuma mungkin jalan untuk kita berubah berbeza..ada yang cepat..ada yang lambat..ok..perenggan ni serius sikit..^_^.. aku tertarik dengan satu ayat Al-Quran daripada surah An-Nahl..



maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Ni penutup dah ni..jangan risau..haha..penutup selalu kena nyatakan harapan kita kan?ok la..ni harapan aku..aku harap orang yang membawa title agama jaga akhlak, jaga adab, jaga mulut dan jaga semuanya laa..sebab orang akan tengok apa kita buat..kena hati-hati supaya perbuatan kita tidak mendatangkan fitnah kepada Islam..wallahua’lam..^_^..


p/s: kredit kepada tuan gambar..saya salin dan lekat ja..senyum selalu..^_^

Friday, 10 April 2015

Tulisanku, walaupun aku menaip (typing....)


Tun Nila                                 : Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, adapun anak-anak  dari datuk-datuk menteri  sekalian memang tidak layak menjadi isteri patik Tuanku.
Tuanku Alam Shah Bana       : Tidak layak? Sebab?
Tun Nila                                 : Sebab mereka semuanya bukanlah perempuan tetapi betina semata-mata.
Tuanku Alam Shah Bana       : Tun Nila, apa bezanya perempuan dengan betina?!
Tun Nila                                 : Ampun Tuanku, perempuan memelihara maruah, tetapi betina menjual maruah.

                Kawan-kawan ingat tak dialog ni daripada filem mana? Tajam sungguh kata-kataTun Nila..tapi ada betulnya dan saya sangat setuju..tapi kawan-kawan saya semuanya perempuan malahan muslimah lagi (bodek sikit..mueehehehe)..dialog ni ialah sedutan daripada filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang bertajuk “Musang Berjanggut”..hebat sungguh mesej yang dibawa dan diketengahkan dalam filem-filem beliau..banyak pengajaran..dan semua filem beliau sangat berkait rapat dengan kehidupan kita di Malaysia..bukan setakat cintan-cintun sahaja..aahh..mula dah bab cintan-cintun..abaikan..haha..beliau ketengahkan kisah-kisah kehidupan orang susah, seorang anak derhaka, ibu, kekeluargaan dan banyak lagi..beliau adalah seorang tokoh seni yang paling saya hormati..seorang tokoh yang berpandangan amat jauh..adakah lagi anak seni sekarang yang berjiwa besar dan berpandangan jauh seperti beliau?anda nilai sendiri..cewah ayat..macam jadi wartawan pulak kan?hahahaha
                Ok la..kat sini saya bukan nya nak mengutuk perempuan..tetapi untuk mengatakan yang perempuan dan lelaki yang tidak menjaga maruah adalah sama..atau dalam bahasa kasar jantan dan betina semua sama..jaga maruah kita..nak buat sesuatu perkara tu biarlah berpada-pada dan pastikan sesuatu yang kita nak buat tu tidak menyalahi pegangan kita iaitu agama Islam..boleh berhibur..boleh bergurau..boleh berfesyen..tapi ingat..ada batasnya..
                Lelaki dan perempuan..jangan jadi terlalu murah..kita marah kalau orang panggil kita betina murahan,jantan  murahan atau GRO..tetapi kita pulak yang berkelakuan seperti  betina dan jantan murahan..jadi mana mungkin kita dapat menutup mulut orang ramai kalau kita sendiri berkelakuan seperti itu..jadi..jaga diri kita, jaga kelakuan kita, jaga akhlak kita..dan yang paling penting…jaga nama agama kita..jangan disebabkan kita, nama baik Islam tercemar..jangan..jangan..jangan..
                Ok la..terpanjang pulak..biasa la..dah lama tak update blog..banyak nak tulis..hahahah..padahal baru buat blog minggu ni..hahahahaha..bajet..bajet..teringin nak sebut ayat macam ni sebenarnya sebab tengok ramai blogger selalu sebut ayat ni “blog dah berhabuk, lama tak buka”..haha..tapi mungkin bukan masa ni untuk guna ayat tu..hehe..ok la..terima kasih sebab sudi membaca..^_^ #peacenowar


Monday, 6 April 2015

orang baru

Assalamu'alaikum..hehe..selamat datang ke blog saya..baru buat semalam..hehehehehe..alang-alang dah buat blog kena la menulis..saya buat blog ni sebenarnya saya nak berkongsi perkara-perkara yang saya rasa rugi kalau saya pendamkan seorang..in Sya Allah..dalam blog ni saya akan kongsi cara membuat kuih.......hahaha..tak la..saya nak kongsi la..tapi mungkin mengenai sesuatu benda bersifat ilmiah tapi dalam bentuk yang lebih ringan dan santai supaya sesuai untuk semua peringkat umur..cewah..iklan sikit...upppppp...haha..tapi serius..saya nak bawak kawan-kawan untuk minat bahan ilmiah..perkara yang saya nak bincang dalam blog ni bukanlah seilmiah mana..tapi mungkin ni la topik yang akan di"sembang"kan dalam blog ni..antaranya agama, politik(mungkin), common sense, pengalaman, anime(sebenarnya saya minat anime..hehehe) dan banyak lagi..semoga blog ni bermanfaat untuk semua..^_^
 p/s: kredit kepada tuan gambar..saya salin dan lekat ja..seyum selalu..^_^