Hmmm. Mesti
terfikir. Apa yang aku nak cerita ni? Pasal drama melayukah? Seperti Suamiku
seekor katak pisang? Isterimu tertelan putik kapas? Atau Cintaku berbasikal ke
sekolah?
Jangan
risau teman-teman. Aku malas nak ulas pasal drama melayu kat TV sekarang. Apa
guna bahaskan pasal drama melayu di kaca-kaca tv andai para pengarah masih buat
tak tahu? Apa guna kita menonton drama melayu di kaca-kaca tv yang tidak
mencambah minda dan merosakkan fikiran? Tak boleh pakai drama melayu sekarang.
Ahhh.
Abaikan semua tu. Aku nak sembang pasal filem arahan Allahyarham Tan Sri P.
Ramlee. Aku tertarik dengan filem beliau
yang berjudul “Nujum Pak Belalang”. Banyak yang kita boleh faham dan hadam
daripada filem tersebut baik dari aspek nasihat kepada masyarakat Melayu,
perlian halus buat kita muhasabah dan sebagainya.
Sebelum
mulakan apa-apa, tulisan ini hanya sekadar pandangan peribadi dan andai
terdapat salah dan silap mohon diperbetul.
Baiklah,
kita mulakan dengan nama Pak Belalang. Aku kira Tan Sri P. Ramlee seorang yang
sangat bijak memilih nama untuk sesuatu watak. Nama Pak Belalang amat sesuai dengan karakter Pak Belalang.
Sikapnya yang tidak tetap, dan suka melarikan diri dari masalah boleh
disifatkan seperti belalang yang sentiasa melompat dari rumput ke rumput untuk
menyelamatkan diri.
Kita lihat,
Tan Sri P. Ramlee menunjukkan masyarakat kita yang mempercayai perkara-perkara
mengarut seperti ahli nujum dan tilik nasib. Dan Islam sendiri melarang kita
mempercayai perkara-perkara sebegini.
Kita juga
lihat, watak manusia yang sering menipu. Dalam filem ni, Tan Sri P. Ramlee
meenunjukkan bahawa banyak manusia hidup dalam keadaan menipu. Kita boleh melihat dalam watak Pak
Belalang dan anaknya Belalang. Mereka hidup dengan menipu. Dan hasil menipu Pak
Belalang diberi jawatan Ahli Nujum Negara. Berapa ramai masyarakat kita hidup
dalam keadaan menipu? Ramai. Jadi P. Ramlee memerli mereka yang hidup dengan penipuan melalui filem ini. Masyarakat yang penuh dengan penipuan. Masyarakat
yang menipu untuk mendapat nama dan jawatan besar. Dan tak lupa, orang yang
berjawatan besar juga menipu. Penipu!!!!
P Ramlee
juga memaparkan watak seorang pemerintah yang bodoh dan dungu. Pemerintah
tersebut dengan mudah ditipu oleh rakyat. Sebagai contoh, dia tidak mengetahui
apa itu “pukau” sehingga mengatakan “pukau” itu sejenis senjata seperti pistol.
Dia juga ditipu oleh Pak Belalang mengatakan penyakit “angau” amat berbahaya.
Dan jelas di situ dia tidak mengetahui apa itu “angau”. Dasar pemerintah tak
romantik. Dasar tak pernah bercinta. Hahahahaha.
Pemerintah
tersebut juga sangat mementingkan diri kerana dia sanggup menggadai dan
memperjudikan negara hanya untuk berbalas dan bertarung teka-teki dengan Sultan
Masai. P. Ramlee memerli pemerintah seperti ini. Dia seolah-olah dapat membaca
apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Keadaan ini dapat kita lihat zaman
sekarang. Malas nak ulas la kan. Pakat baca sendiri isu-isu semasa di internet
dan surat khabar. Hahaha.
Setakat ni
ja la kita sembang. Nanti kita sambung lagi. Maaf sebab tajuk tak kena dengan
isi. Saja nak bagi orang tertarik untuk baca. Haha. Walaupun tak menarik.
Sumimasen. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment