Thursday, 30 April 2015

Longkang

Diam tak bermakna suka..melawak boleh tapi ada hadnya kawan-kawan..nak melawak,nak bergurau..boleh.. tapi jaga hati kawan-kawan kita..melawak tapi tidak mengutuk..melawak tapi tidak menghina..apabila kita bergurau dan kawan kita dah buat  tak tau tu..hentikanlah..dia diam bukan bermaksud redha tetapi lebih kepada tidak suka bergaduh..sebab kawan-kawan..senang untuk mulakan perbalahan dan pergaduhan tetapi SUSAH untuk berbaik semula..susah..dan semestinya perlu ketepikan ego kita  untuk meminta maaf..

Satu lagi..aku nak cakap jugak pasal tajuk kita ni..LONGKANG..haha..baru nak masuk tajuk..apa kena mengena dengan longkang? aku ambik istilah ni daripada apa yang aku pernah dengar daripada orang..maaf kasar..tapi aku nak sebut jugak..”mulut longkang”..benci kan dengar perkataan ni? tambah-tambah kalau perkataan ni ditujukan kepada kita..apa sebenarnya mulut longkang yang aku maksudkan ni? mulut yang tak pandai dijaga, mulut yang hanya tahu bercakap tanpa menghiraukan perasaan orang lain, mulut yang berat untuk menuturkan perkataan “maaf”.. apabila hadirnya mulut ini maka yang lain akan mula meluat..lebih kurang macam ni la maksud dia..kasar kan? ya kasar..aku pun tak suka..

Tapi berapa ramai yang jenis cakap lepas..tak jaga hati orang lain? Kawal kata-kata kita..supaya tidak menghiris, mencincang, merincik, dan memotong dadu hati sahabat-sahabat kita..Aku yakin..ramai orang pernah rasa macam ni..jadi fikir la..apa yang orang akan rasa kalau kita melawak lebih-lebih..kadang-kadang kita buat rilek ja kan?tak pa..sabar ja..aku pun sedang berlatih untuk bersabar..aku pun tak tau setakat mana boleh bersabar..hahahaha..in sya Allah..aku akan cuba seupaya mungkin..aku teringat sepotong hadis riwayat Al-Bukhari yang berbunyi..

حدثنا آدم بن أبي إياس، قال: حدثنا شعبة، عن عبد الله بن أبي السفر، وإسماعيل بن أبي خالد، عن الشعبي، عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: «المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده، والمهاجر من هجر ما نهى الله عنه»

Maksudnya: Orang muslim itu adalah orang yang menyelamatkan semua orang Islam daripada bencana akibat ucapan dan perbuatan tangannya. Dan orang muhajir(orang yang berhijrah) adalah orang yang meningalkan segala larangan Allah.” 

nota kaki: Sahih Al-Bukhari, juzuk 1, muka surat 11, hadis no 10

Aku tak tujukan kata-kata ni kat sesiapa..aku pun ada terlepas cakap..ni adalah nasihat untuk kita bersama..sama-sama la kita berubah..yang penting kalau kita terlepas cakap cepat-cepat minta maaf..bukan apa..perkataan maaf yang ikhlas mampu menyejukkan hati yang tengah panas..ok la..panjang pulak kan..haha..semoga bermanfaat..nasihat tanda sayang..muah ciked..^_^


2 comments:

  1. Maaf izzat.... Ana xbermaksud utk kecilkan hati anta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh..anta x buat apa pun..ni teguran umum ja..huhu..

      Delete