Alhamdulillah..hari
ni kita nak berbincang dengan lebih serius dalam falsafah solat dalam kehidupan
seharian kita. Pertama-tamanya kita bagaimana solat itu dilakukan. Solat itu
dilakukan dan disempurnakan dengan perkara rukun dalam solat, perkara wajib
dalam solat dan perkara sunat dalam solat.
Baiklah, sekarang kita lihat,
sekiranya solat berjemaah, wajib bagi makmum mengikut pergerakan imam dalam
solat. Jadi apakah yang patut dilakukan oleh makmum sekiranya imam tersilap
ataupun terbatal? Mari kita bincangkan..jika imam tersalah atau terlupa maka
kita sebagai makmum perlu menegur imam dengan menyebut “ Subhanallah”. Dan jika
imam terbatal maka salah seorang makmun perlu menggantikan imam. Dan sekiranya
makmum mendapati pada pakaian imam ada najis maka makmum boleh berniat
mufaraqah ataupun keluar daripada imam dan meneruskan solat secara sendiri..
Kat sini saya nak ceritakan
tentang aplikasi solat dalam kehidupan kita..pertama..jika seorang ketua dalam
sesebuah Negara mengajak melakukan kebaikan maka kita sebagai rakyat wajib
patuh dan ikut. Tetapi jika ketua kita melakukan kesalahan maka kita sebagai
rakyat wajib mencegah di mana ada tiga peringkat pencegahan yang disebutkan
dalam hadis Rasulullah S.A.W. iaitu dengan tangan, jika tidak mampu tegur;ah dengan lisan dan jika tidak mampu maka bencilah dengan hati.. dan jika kita mendapati dia iaitu ketua kita
tidak menerima nasihat untuk berubah menjadi lebih baik dan terus menerus
melakukan dosa maka kita wajib tidak taat kepada ketua tersebut..tiada
tolak-ansur dalam melakukan dosa..dan tiada sokongan dalam melakukan
kemumngkaran..
Serius sikit kali ni..harap
semua mendapat manfaat ya.. Assalamualaikum..