Thursday, 10 November 2016

REALITI IBU BAPA HARI INI: ANAKKU SAZALI

Tentu kawan-kawan pernah menonton filem karya Tan Sri P. Ramlee yang berjudul “Anakku Sazali”. Apabila saya menyebut tajuk filem ini, apakah perkara yang terlintas di benak fikiran kawan-kawan? Ya, tak lain dan tak bukan tentang pendidikan anak-anak.

Mari kita lanjutkan perbincangan kita, sikap anak-anak sebenarnya bergantung kepada kita. Kita yang mencorakkan sikap anak-anak. Bukan orang lain. Seperti sabda Rasulullah S.A.W dalam hadis baginda:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : «ما من مولود إلا يولد على الفطرة، فأبواه يهودانه وينصرانه ويمجسانه

Maksudnya: Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda: Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani maupun seorang Majusi.
(Sahih Muslim, juzuk 4, muka surat 2047, hadis no. 2658/ Sahih Bukhari, juzuk 2, muka surat 94, hadis no. 1358/ Sunan Abu Daud, juzuk 4, muka surat 229, hadis no. 4714-riwayat yang lain-)


Benar, pendidikan awal kanak-kanak bermula dari rumah. Baik kita balik kepada filem “Anakku Sazali”. P. Ramlee menunjukkan bahawa telah wujud ibu bapa yang sangat memanjakan anak-anak lebih daripada sepatutnya. Sehingga anak-anak berani menipu.

Dan kini perkara yang dikhuatiri oleh Tan Sri P. Ramlee telah terjadi. Iaitu guru-guru dipersalahkan atas kesalahan mendenda dan memarahi anak murid. Dalam filem ni, perbuatan Sazali disokong oleh ayahnya. Dan sazali tidak dimarahi ayahnya kerana ponteng sekolah. Dia berkata memang kena pada tempatnya Sazali ponteng sekolah!!! Menyokong perbuatan salah anak-anak dengan menghambur segala kesalahan kepada guru-guru. Saya berani katakan, jika anak-anak tak dididik dengan tegas, kelak mereka akan menjadi SAMPAH di tepian jalan. Jangan menyesal apabila perkara itu terjadi.

Kerana kecuaian ibu bapa, anak-anak menjadi raja, guru-guru menjadi hamba. SUNGGUH SAYA KECEWA DENGAN PERANGAI SEGELINTIR IBUBAPA YANG MEMENTINGKAN DIRI DAN TAK HORMAT GURU-GURU. Jangan mengharapkan terjumpa mutiara jika kita menghasilkan sampah di lautan. Jangan mengharap anak yang baik andai anak tak dididik dengan baik.

Sebelum aku meminta diri, ingin aku tulis dialog yang paling best dalam filem “Anakku Sazali”:
“Bapak yang bersalah dalam soal ini, bapak membesarkan Sazali dengan secara membabi buta saja, segala apa kemahuan Sazali bapak tunaikan. Segala apa hajat Sazali, bapak sempurnakan, sehingga Sazali pandai cakap bohong sama bapa. Sehingga Sazali menipu bapak. Menipu untuk kepentingan diri.
Tetapi bapak hanya, “ANAKKU SAZALI”. Bapak yang bertanggungjawab atas segala kelakuan buruk dan baik Sazali.”

Semoga kita dapat manfaat daripada tulisan ini. Maaf sebab tulisan yang agak serius. Assalamualaikum.

Saturday, 15 October 2016

MAKHLUK KUNING

Aku nak cerita sikit kisah aku dengan makluk kuning ni. Benda ni jadi masa aku kecik. Masa sekolah rendah. Ada satu hari tu, satu tengah hari atau petang yang agak damai, cuaca yang suam-suam kuku, haha. Aku dok layan perasaan depan rumah. Tiba-tiba ada makhluk kuning melintas depan aku. Kecik ja makhluk tu. Geram pulak aku. Cangak lagi, terus aku ligan. Nampak berani kan?hahaha. Anak itik sebenaqnya makhluk kuning ni. Ligan punya ligan, dapat. Happy betoi aku masa tu toksah dok cerita la. First time pegang anak itik. Haha. Bila dah dapat aku pun teringin nak bela tapi ayah aku kata mesti ada tuan. Jadi, aku pun pi la cari tuan dia kat dalam kampung aku, pi dekat-dekat ja sebab anak itik mesti jalan dekat-dekat ja, mana nak larat jalan jauh-jauh, haha.

So aku decide la nak bela. Tapi nampak sekoq dia kesian pulak. Mesti sunyi. Kan? sebab Tuhan jadikan kita lelaki dan perempuan dan berpuak-puak untuk kita berkenal-kenalan, berkawan dan bukan bermusuhan (tazkirah sikit, hehe). Ayah aku bawak aku pi kedai nak pi cari pasangan hidup kat itik aku, bukan pasangan la, kawan sebab aku beli sekoq betina sekoq jantan. Itik muskovi (aku pun tak tau eja dia betoi ka dak). Kedai tu la kata. Aku percaya la. Haha. Aku bela sampai besaq. Fuh dia bila dia besaq dia jadi gemuk. Nak terbang pun tak boleh. Hahaha. Itik muskovi/itik nila ni boleh terbang. Jauh jugak la dia boleh terbang. Boleh acah-acah usha kampung. Haha. Yang sepasang lagi pun dah besaq. So aku nak tambah koleksi itik aku, aku beli lagi itik nila kat orang dengan dua ekoq itik teloq. Itik teloq ni habuan nak makan teloq dia ja. Haha.

Bila dah besaq, dia pun berteloq ngan ram teloq dia. Sory aku tak tau "ram" dalam bahasa baku sebut macam mana. "Mengeram" kot, tapi rasa lain macam pulak sebut mengeram. Hahahaha. Banyak la itik aku. Seronok aku. Time anak-anak itik tu kecik aku suka tengok dia berenang. Cute gilaaaaaa. Hahahahahhaahaha. Sory. Aku ligan anak-anak itik tu, arrgghhhh. Kenangan. La ni tak dak dah itik sebab juai sebelum aku masuk asrama.

Sebelum masuk asrama, form 1, ayah aku nak juai semua itik aku, sebab takdak orang nak jaga, tak dak orang nak bagi makan. Ayah aku beli makan, aku bagi depa makan. Bau lau(reban) dia busuk. Tapi aku tak kesah. Kalau aku terbau busuk kat mana-mana macam lau itik aku teringat kat itik-itik aku. Sambung balik part itik aku kena juai. Tegheyak tu toksah dok kata la. Memang sedih tahap apa dah. Tapi ayah aku tinggai sekoq itik kesayangan aku. Tak juai yang tu. Tau dak sebab apa? Nak makan. Hahahaha. Time sembelih tu aku balaih tegheyak sekali lagi. Hahaha. Ayah aku kata, benda yang kita sayang, kita bagi orang makan, pahala dapat lebih (tazkirah lagi). Lepas masak aku tak biaq, aku makan paling banyak. Muahahahaha. Itik aku. Time tu tak pikiaq pahala dah. Aku paling sedih, aku paling banyak makan. Mak ayah aku kata amboi, tera sedih tu pun makan paling banyak. Hahaha.

Tu la itik aku pertama dan terakhir. Lepas tu dah tak boleh bela itik dah, busuk ngan tak dak tempat nak bela ngan tak dak sapa nak bagi makan. Tiap-tiap kali cuti aku mintak kat mak ayah aku nak bela itik, tapi tak dapat. Hahaha. Time praktikal dulu pun pernah mintak nak bela, tak dapat jugak . Hehe. Tak pa la, nanti habih belajaq bro cuba lagi. Hahahahaha.

P/s: saja throwback kekasih lama yang bergelar itik. Tersenyum aku bila teringat itik ni. Keajaiban dunia ke-8 ialah itik. Sebab apa? Sebab banjir la tera mana pun, ayaq takat dada dia ja. Hahahaha.

Sory post merapu, saja mengulit kenangan yang diharap dapat diulang. Huhu.



*Gambar hanya sekadar hiasan, gambar time form 5.

Thursday, 6 October 2016

CINTAKU ENCIK GRASSHOPPER

Hmmm. Mesti terfikir. Apa yang aku nak cerita ni? Pasal drama melayukah? Seperti Suamiku seekor katak pisang? Isterimu tertelan putik kapas? Atau Cintaku berbasikal ke sekolah?

Jangan risau teman-teman. Aku malas nak ulas pasal drama melayu kat TV sekarang. Apa guna bahaskan pasal drama melayu di kaca-kaca tv andai para pengarah masih buat tak tahu? Apa guna kita menonton drama melayu di kaca-kaca tv yang tidak mencambah minda dan merosakkan fikiran? Tak boleh pakai drama melayu sekarang.

Ahhh. Abaikan semua tu. Aku nak sembang pasal filem arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.  Aku tertarik dengan filem beliau yang berjudul “Nujum Pak Belalang”. Banyak yang kita boleh faham dan hadam daripada filem tersebut baik dari aspek nasihat kepada masyarakat Melayu, perlian halus buat kita muhasabah dan sebagainya.

Sebelum mulakan apa-apa, tulisan ini hanya sekadar pandangan peribadi dan andai terdapat salah dan silap mohon diperbetul.

Baiklah, kita mulakan dengan nama Pak Belalang. Aku kira Tan Sri P. Ramlee seorang yang sangat bijak memilih nama untuk sesuatu watak. Nama Pak Belalang  amat sesuai dengan karakter Pak Belalang. Sikapnya yang tidak tetap, dan suka melarikan diri dari masalah boleh disifatkan seperti belalang yang sentiasa melompat dari rumput ke rumput untuk menyelamatkan diri.

Kita lihat, Tan Sri P. Ramlee menunjukkan masyarakat kita yang mempercayai perkara-perkara mengarut seperti ahli nujum dan tilik nasib. Dan Islam sendiri melarang kita mempercayai perkara-perkara sebegini.

Kita juga lihat, watak manusia yang sering menipu. Dalam filem ni, Tan Sri P. Ramlee meenunjukkan bahawa banyak manusia hidup dalam keadaan menipu. Kita boleh melihat dalam watak Pak Belalang dan anaknya Belalang. Mereka hidup dengan menipu. Dan hasil menipu Pak Belalang diberi jawatan Ahli Nujum Negara. Berapa ramai masyarakat kita hidup dalam keadaan menipu? Ramai. Jadi P. Ramlee memerli mereka yang hidup dengan penipuan melalui filem ini. Masyarakat yang penuh dengan penipuan. Masyarakat yang menipu untuk mendapat nama dan jawatan besar. Dan tak lupa, orang yang berjawatan besar juga menipu. Penipu!!!!

P Ramlee juga memaparkan watak seorang pemerintah yang bodoh dan dungu. Pemerintah tersebut dengan mudah ditipu oleh rakyat. Sebagai contoh, dia tidak mengetahui apa itu “pukau” sehingga mengatakan “pukau” itu sejenis senjata seperti pistol. Dia juga ditipu oleh Pak Belalang mengatakan penyakit “angau” amat berbahaya. Dan jelas di situ dia tidak mengetahui apa itu “angau”. Dasar pemerintah tak romantik. Dasar tak pernah bercinta. Hahahahaha.

Pemerintah tersebut juga sangat mementingkan diri kerana dia sanggup menggadai dan memperjudikan negara hanya untuk berbalas dan bertarung teka-teki dengan Sultan Masai. P. Ramlee memerli pemerintah seperti ini. Dia seolah-olah dapat membaca apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Keadaan ini dapat kita lihat zaman sekarang. Malas nak ulas la kan. Pakat baca sendiri isu-isu semasa di internet dan surat khabar. Hahaha.


Setakat ni ja la kita sembang. Nanti kita sambung lagi. Maaf sebab tajuk tak kena dengan isi. Saja nak bagi orang tertarik untuk baca. Haha. Walaupun tak menarik. Sumimasen. Assalamualaikum.

Thursday, 19 May 2016

KITA MANUSIA BUKAN TUHAN



Hidup ini umpama layang-layang,
Engkau rasakan akan bebas jika tiada tali,
Tanpa tali,
Engkau akan jatuh menghempap daratan,
Engkau tersangkut di celahan dahan,
Engkau tersesat di tengah jalan.


Engkau tidak sedar,
Dengan adanya tali,
Engkau bisa terbang,
Engkau mampu menggapai awan,
Engkau dapat melihat alam buatan Tuhan.

Kita manusia punya kesalahan,
Punya waktu kembali ke pangkuan,
Ingin bebas dari segala kejian,
Kita hanya manusia berjalan,
Kita hanya makhluk di celahan jalan,
Jangan cuba menjadi Tuhan.


Kita manusia bukan Tuhan.

Saturday, 14 November 2015

MUSANG BERJANGGUT DAN PENJUAL AGAMA

       Hari ini baru aku faham. Siapa itu musang berjanggut..terima kasih kepada penulis buku "MEMBEDAH P. RAMLEE" iaitu saudara Daniyal Kadir. Musang berjanggut sangat sinonim dengan filem arahan Tan Sri P. Ramlee. dan adakah kita faham siapakah musang berjanggut yang dimaksudkan P.Ramlee? kenapakah pada penghujung cerita bukan musang berjanggut ditangkap tetapi Datuk Nikah Kawin lakonan Mustarjo?


     Jom kita sembang satu-satu. musang ialah seekor haiwan yang sangat sinonim dengan sifatnya yang selalu dikaitkan dengan penyamaran dan licik..dan apa kaitan musang berjanggut dengan Datuk Nikah Kawin? jom kita kenal dulu siapa Datuk Nikah Kawin ni.. Datuk Nikah Kawin yang dibawakan P. Ramlee dam filem Musang Berjanggut menggambarkan seorang Ulama', ustaz, ahli agam..tapi apa yang dia lakukan..dia tertarik dengan isteri orang iaitu Puspawangi lakonan Saadiah..dan dia sendiri berani masuk ke rumah Puspawangi semasa ketiadaan Tun Nila lakonan P. Ramlee..ini menunjukkan jubah dan serban yang dipakainya hanyalah untuk menyembunyikan kejahatannya..dalam erti kata lain dia MENYAMAR jadi baik..ya..dia menjual nama agama untuk kepentingan peribadi..dan satu perkara lagi yang ingin saya tunjukkan bahawa watak Datuk Nikah Kawin ini membawa ciri-ciri orang yang menjual agama ialah telah brlaku dialog antara dia dengan Puspawangi :-

Puspawangi: salah atau tidak jikalau seorang lelaki masuk di rumah seorang perempuan semasa suaminya tiada di rumah?

Datuk Nikah Kawin: oh, itu salah besar. salah besar!!

Puspawangi: kalau begitu kanda ini pun salahlah.

Datuk Nikah Kawin: salah jugaklah. tapi itu tak jadi apa. sebab undang-undang dalam negeri ini kanda yang bikin. itu semua boleh padam.

       Jika diamati betul-betul, datuk nikah kawin hanya berhukum untuk kesenangan dirinya sahaja..dia menjual nama agama untuk menghalalkan yang haram..dan di sini musang berjanggut melambangkan seorang yang dikatakan ustaz tapi beliau menjual nama agama untuk kepentingan peribadi..oh.. sebelum terlupa,,maksud berjanggut pada tajuk "Musang Berjanggut" ditujukan kepada  salah satu ciri yang terdapat pada orang agama..apabila digabungkan "musang berjanggut" maka akan lahirlah "sang penjual agama"..

           Seperti kita lihat, cukup halus permainan dan perlian P. Ramlee..beliau mengutuk mereka yang menggunakan nama agama sebagai medium memuaskan nafsu mereka sendiri. dan selepas ini aku tak teragak-agak untuk memnaggil orang yang menjual agam sebagai Musang Berjanggut..aku tak akan panggil ustaz sebab panggilan tu tak layak untuk si penjual agama..

            fuhhhhh..jenuh jugak nak tulis ni..haha..malas nak tulis tapi nak share jugak..so..pakat-pakat ambik pengajaran dan jangan jadi "Musang Barjanggut"..Assalamualaikum..


p/s: aku sangat syorkan kawan-kawan baca buku ni..selain seronok terdapat jugak kritikan-kritikan pedas kepada masyarakat kita sekarang ni..^_^

Thursday, 29 October 2015

maktabah syamilah..

Assalamualaikum..ni aku nak share cara basic nak guna maktabah syamilah sebab aku pun reti guna asas ja..haha..boleh la habuan nak buat esaimen..ok la..kita mula la noo..kita mula dari icon paling kanan…kanan hang..
1.       Icon first bentuk buku tu untuk cari buku..so hang klik lepas tu akan keluaq kotak tu hg tulis tajuk kitab hang nak..kalau ada kitab tu dalam maktabah syamilah dia akan keluaq buku yang hang cari..
a.       مجموعات- dia akan keluaq semua buku dalam maktabah syamilah
b.      تصفية- cari buku mengikut huruf
c.       سابق- tengok buku yang hang dah bukak sebelum ni
2.       Icon kedua aku tak tau..hahaha
3.       Icon ketiga tu untuk buka dan tutup fihris pada buku..kalau nak try hang pilih satu buku lepas tu try klik kat icon nombor tiga tu..
4.       Icon 4 aku tak tau jugak..hahahaha
5.       Icon 5 pun aku tak tau nak guna dia..muehehehe
6.       Icon 6 fungsi dia hang nak cari ayat dalam Al-Quran..contohnya hang nak cari ayat yang mengandungi kalimah Allah..so tulis situ..nanti dia akan keluaq semua ayat quran yang ada kalimah Allah..
7.       Icon 7 antara icon terpenting untuk dapatkan maklumat dengan cepat..bila hang klik dia akan keluaq satu kotak tu..yang sebelah kanan hang tulis perkataan atau ayat yang hang nak cari daripada kitab..contoh hang nak cari bab “talak bain” so tulis situ talak bain..lepas tu hang tekan la kat buku2 yang hang nak cari pasal talak bain..contoh pilih fiqh syafie..akan keluaq buku2 dalam fiqh syafie..lepas tu hang boleh tick kat buku yang hang nak..kalau hang nak tick semua kitab syafie hang klik kat المجموعة كلها dan kalau hang nak hilangkan tick kat kitab fiqh syafie tu hg klik kat الغاء المجموعة ..kalau hang nak cari pasal talak bain dalam semua kita yang ada dalam maktabah syamilah hg klik katجميع كتب البرنامج dan kalau hang nak untick semua buku tu hang klik kat  الغاء جميع الكتب..
8.       Icon 8 pun aku tak tau fungsi dia..huhu
9.       Icon 9 untuk macam bookmark..tapi aku tak reti guna jugak..hahahahah
10.   Icon 10 untuk hang balik ke muka surat pertama dalam kitab tu..
11.   Icon 11 untuk bukak satu muka surat sebelum dalam kitab
12.   Icon 12 untuk bukak satu muka surat selepas dalam kitab
13.   Icon 13 untuk hang ke muka surat terakhir dalam kitab tu..
14.   Icon 14 mushaf al-quran…
15.   Icon 15 ni aku tak tau
16.   Icon 16 ni pun aku tak tau..
17.   Icon 17 pun sama..tak tau..
18.   Icon 18 untuk hang tengok terjemah muallif buku tersebut
19.   Icon 19 untuk bukak file dalam laptop hang
20.   Icon 20, aku tak tau
21.   Icon 21 pun aku tak tau..
22.   Icon 22 untuk tau biodata penulis..
23.   Icon 23 aku tak tau
24.   Icon24 tak tau jugak
25.   Icon 25 pun tak tau..muahahaha
26.   Icon 26 untuk tau maklumat pasal buku yang kita bukak..طبعة، مؤلف semua ada..senang nak buat footnote..tengok sini jaa..
27.   Icon 27 untuk bukak link dia
28.   Icon 28 untuk setting
29.   Icon last ni untuk download buku baru yang taka da dalam kitab..pastikan ada internet..

Untuk mengetahui juzuk dan muka surat sesebuah kitab yang kita baca, just bukak kitab tu dan tengok kat bawah..ada nombor di situ..yang kanan juzuk dan yang kiri muka surat (yang ada dekat icon teropong kat bawah tu).. 

Friday, 2 October 2015

Harta

Pernah tengok tak cerita “3 abdul”? Best woo..tapi rugi la kita kalau tengok tapi tak faham apa-apa..lecey dengaq..macam belajaq pulak, tengok movie pun kena tau pengajaran..haha..tapi betul la..kita ni rugi kalau tengok tapi tak dapat apa-apa..rugi masa, rugi duit, satu lagi.rugi space dalam hard disk..hahaha..ok  ni yang aku dapat daripada filem “3 abdul” karya seniman P. Ramlee..

  • Jangan kerana harta, adik beradik berpecah-belah..yang ni aku paling takut..sanggup putus saudara kalau bab berebut harta ni..benda ni bukan saja berlaku dalam filem..tetapi reality masyarakat kita..apabila kita menjadi hamba harta maka darah daging sendiri pun menjadi buta..aku harap  kita semua tak jadi macam ni..kalau ada masalah dalam pembahagian harta dan kalau kita tak mampu mencapai persepakatan dalam pembahagian seeloknya kita cari orang tengah yang mampu menolong kita dalam membahagi harta.. harta bukanlah tinggalan ibu bapa kita yang paling berharga.. sebenarnya hubungan  adik-beradik ialah tinggalan ibu bapa kita yang perlu dijaga sampai mati..
  • Jangan menipu dalam mencari rezeki..biar sikit asal halal..biar sikit asal berkat..biar sikit asal bahagia..
  • Jangan menjadi “batu api” dan perancang dalam melakukan kejahatan..kalau dalam bahasa inggeris dia sebut master mind kan?ka salah?haha..kalau salah sorry..


Ok la..setakat ni dulu kita sembang..nanti kita sembang lagi..hewhew..assalamu'alaikum..