Pernah tengok tak cerita “3 abdul”? Best
woo..tapi rugi la kita kalau tengok tapi tak faham apa-apa..lecey dengaq..macam
belajaq pulak, tengok movie pun kena tau pengajaran..haha..tapi betul la..kita
ni rugi kalau tengok tapi tak dapat apa-apa..rugi masa, rugi duit, satu
lagi.rugi space dalam hard disk..hahaha..ok
ni yang aku dapat daripada filem “3 abdul” karya seniman P. Ramlee..
- Jangan kerana harta, adik beradik berpecah-belah..yang ni aku paling takut..sanggup putus saudara kalau bab berebut harta ni..benda ni bukan saja berlaku dalam filem..tetapi reality masyarakat kita..apabila kita menjadi hamba harta maka darah daging sendiri pun menjadi buta..aku harap kita semua tak jadi macam ni..kalau ada masalah dalam pembahagian harta dan kalau kita tak mampu mencapai persepakatan dalam pembahagian seeloknya kita cari orang tengah yang mampu menolong kita dalam membahagi harta.. harta bukanlah tinggalan ibu bapa kita yang paling berharga.. sebenarnya hubungan adik-beradik ialah tinggalan ibu bapa kita yang perlu dijaga sampai mati..
- Jangan menipu dalam mencari rezeki..biar sikit asal halal..biar sikit asal berkat..biar sikit asal bahagia..
- Jangan menjadi “batu api” dan perancang dalam melakukan kejahatan..kalau dalam bahasa inggeris dia sebut master mind kan?ka salah?haha..kalau salah sorry..
Ok la..setakat
ni dulu kita sembang..nanti kita sembang lagi..hewhew..assalamu'alaikum..
No comments:
Post a Comment