Saturday, 14 November 2015

MUSANG BERJANGGUT DAN PENJUAL AGAMA

       Hari ini baru aku faham. Siapa itu musang berjanggut..terima kasih kepada penulis buku "MEMBEDAH P. RAMLEE" iaitu saudara Daniyal Kadir. Musang berjanggut sangat sinonim dengan filem arahan Tan Sri P. Ramlee. dan adakah kita faham siapakah musang berjanggut yang dimaksudkan P.Ramlee? kenapakah pada penghujung cerita bukan musang berjanggut ditangkap tetapi Datuk Nikah Kawin lakonan Mustarjo?


     Jom kita sembang satu-satu. musang ialah seekor haiwan yang sangat sinonim dengan sifatnya yang selalu dikaitkan dengan penyamaran dan licik..dan apa kaitan musang berjanggut dengan Datuk Nikah Kawin? jom kita kenal dulu siapa Datuk Nikah Kawin ni.. Datuk Nikah Kawin yang dibawakan P. Ramlee dam filem Musang Berjanggut menggambarkan seorang Ulama', ustaz, ahli agam..tapi apa yang dia lakukan..dia tertarik dengan isteri orang iaitu Puspawangi lakonan Saadiah..dan dia sendiri berani masuk ke rumah Puspawangi semasa ketiadaan Tun Nila lakonan P. Ramlee..ini menunjukkan jubah dan serban yang dipakainya hanyalah untuk menyembunyikan kejahatannya..dalam erti kata lain dia MENYAMAR jadi baik..ya..dia menjual nama agama untuk kepentingan peribadi..dan satu perkara lagi yang ingin saya tunjukkan bahawa watak Datuk Nikah Kawin ini membawa ciri-ciri orang yang menjual agama ialah telah brlaku dialog antara dia dengan Puspawangi :-

Puspawangi: salah atau tidak jikalau seorang lelaki masuk di rumah seorang perempuan semasa suaminya tiada di rumah?

Datuk Nikah Kawin: oh, itu salah besar. salah besar!!

Puspawangi: kalau begitu kanda ini pun salahlah.

Datuk Nikah Kawin: salah jugaklah. tapi itu tak jadi apa. sebab undang-undang dalam negeri ini kanda yang bikin. itu semua boleh padam.

       Jika diamati betul-betul, datuk nikah kawin hanya berhukum untuk kesenangan dirinya sahaja..dia menjual nama agama untuk menghalalkan yang haram..dan di sini musang berjanggut melambangkan seorang yang dikatakan ustaz tapi beliau menjual nama agama untuk kepentingan peribadi..oh.. sebelum terlupa,,maksud berjanggut pada tajuk "Musang Berjanggut" ditujukan kepada  salah satu ciri yang terdapat pada orang agama..apabila digabungkan "musang berjanggut" maka akan lahirlah "sang penjual agama"..

           Seperti kita lihat, cukup halus permainan dan perlian P. Ramlee..beliau mengutuk mereka yang menggunakan nama agama sebagai medium memuaskan nafsu mereka sendiri. dan selepas ini aku tak teragak-agak untuk memnaggil orang yang menjual agam sebagai Musang Berjanggut..aku tak akan panggil ustaz sebab panggilan tu tak layak untuk si penjual agama..

            fuhhhhh..jenuh jugak nak tulis ni..haha..malas nak tulis tapi nak share jugak..so..pakat-pakat ambik pengajaran dan jangan jadi "Musang Barjanggut"..Assalamualaikum..


p/s: aku sangat syorkan kawan-kawan baca buku ni..selain seronok terdapat jugak kritikan-kritikan pedas kepada masyarakat kita sekarang ni..^_^

Thursday, 29 October 2015

maktabah syamilah..

Assalamualaikum..ni aku nak share cara basic nak guna maktabah syamilah sebab aku pun reti guna asas ja..haha..boleh la habuan nak buat esaimen..ok la..kita mula la noo..kita mula dari icon paling kanan…kanan hang..
1.       Icon first bentuk buku tu untuk cari buku..so hang klik lepas tu akan keluaq kotak tu hg tulis tajuk kitab hang nak..kalau ada kitab tu dalam maktabah syamilah dia akan keluaq buku yang hang cari..
a.       مجموعات- dia akan keluaq semua buku dalam maktabah syamilah
b.      تصفية- cari buku mengikut huruf
c.       سابق- tengok buku yang hang dah bukak sebelum ni
2.       Icon kedua aku tak tau..hahaha
3.       Icon ketiga tu untuk buka dan tutup fihris pada buku..kalau nak try hang pilih satu buku lepas tu try klik kat icon nombor tiga tu..
4.       Icon 4 aku tak tau jugak..hahahaha
5.       Icon 5 pun aku tak tau nak guna dia..muehehehe
6.       Icon 6 fungsi dia hang nak cari ayat dalam Al-Quran..contohnya hang nak cari ayat yang mengandungi kalimah Allah..so tulis situ..nanti dia akan keluaq semua ayat quran yang ada kalimah Allah..
7.       Icon 7 antara icon terpenting untuk dapatkan maklumat dengan cepat..bila hang klik dia akan keluaq satu kotak tu..yang sebelah kanan hang tulis perkataan atau ayat yang hang nak cari daripada kitab..contoh hang nak cari bab “talak bain” so tulis situ talak bain..lepas tu hang tekan la kat buku2 yang hang nak cari pasal talak bain..contoh pilih fiqh syafie..akan keluaq buku2 dalam fiqh syafie..lepas tu hang boleh tick kat buku yang hang nak..kalau hang nak tick semua kitab syafie hang klik kat المجموعة كلها dan kalau hang nak hilangkan tick kat kitab fiqh syafie tu hg klik kat الغاء المجموعة ..kalau hang nak cari pasal talak bain dalam semua kita yang ada dalam maktabah syamilah hg klik katجميع كتب البرنامج dan kalau hang nak untick semua buku tu hang klik kat  الغاء جميع الكتب..
8.       Icon 8 pun aku tak tau fungsi dia..huhu
9.       Icon 9 untuk macam bookmark..tapi aku tak reti guna jugak..hahahahah
10.   Icon 10 untuk hang balik ke muka surat pertama dalam kitab tu..
11.   Icon 11 untuk bukak satu muka surat sebelum dalam kitab
12.   Icon 12 untuk bukak satu muka surat selepas dalam kitab
13.   Icon 13 untuk hang ke muka surat terakhir dalam kitab tu..
14.   Icon 14 mushaf al-quran…
15.   Icon 15 ni aku tak tau
16.   Icon 16 ni pun aku tak tau..
17.   Icon 17 pun sama..tak tau..
18.   Icon 18 untuk hang tengok terjemah muallif buku tersebut
19.   Icon 19 untuk bukak file dalam laptop hang
20.   Icon 20, aku tak tau
21.   Icon 21 pun aku tak tau..
22.   Icon 22 untuk tau biodata penulis..
23.   Icon 23 aku tak tau
24.   Icon24 tak tau jugak
25.   Icon 25 pun tak tau..muahahaha
26.   Icon 26 untuk tau maklumat pasal buku yang kita bukak..طبعة، مؤلف semua ada..senang nak buat footnote..tengok sini jaa..
27.   Icon 27 untuk bukak link dia
28.   Icon 28 untuk setting
29.   Icon last ni untuk download buku baru yang taka da dalam kitab..pastikan ada internet..

Untuk mengetahui juzuk dan muka surat sesebuah kitab yang kita baca, just bukak kitab tu dan tengok kat bawah..ada nombor di situ..yang kanan juzuk dan yang kiri muka surat (yang ada dekat icon teropong kat bawah tu).. 

Friday, 2 October 2015

Harta

Pernah tengok tak cerita “3 abdul”? Best woo..tapi rugi la kita kalau tengok tapi tak faham apa-apa..lecey dengaq..macam belajaq pulak, tengok movie pun kena tau pengajaran..haha..tapi betul la..kita ni rugi kalau tengok tapi tak dapat apa-apa..rugi masa, rugi duit, satu lagi.rugi space dalam hard disk..hahaha..ok  ni yang aku dapat daripada filem “3 abdul” karya seniman P. Ramlee..

  • Jangan kerana harta, adik beradik berpecah-belah..yang ni aku paling takut..sanggup putus saudara kalau bab berebut harta ni..benda ni bukan saja berlaku dalam filem..tetapi reality masyarakat kita..apabila kita menjadi hamba harta maka darah daging sendiri pun menjadi buta..aku harap  kita semua tak jadi macam ni..kalau ada masalah dalam pembahagian harta dan kalau kita tak mampu mencapai persepakatan dalam pembahagian seeloknya kita cari orang tengah yang mampu menolong kita dalam membahagi harta.. harta bukanlah tinggalan ibu bapa kita yang paling berharga.. sebenarnya hubungan  adik-beradik ialah tinggalan ibu bapa kita yang perlu dijaga sampai mati..
  • Jangan menipu dalam mencari rezeki..biar sikit asal halal..biar sikit asal berkat..biar sikit asal bahagia..
  • Jangan menjadi “batu api” dan perancang dalam melakukan kejahatan..kalau dalam bahasa inggeris dia sebut master mind kan?ka salah?haha..kalau salah sorry..


Ok la..setakat ni dulu kita sembang..nanti kita sembang lagi..hewhew..assalamu'alaikum..


Thursday, 27 August 2015

Falsafah solat dalam pentadbiran negara

Alhamdulillah..hari ni kita nak berbincang dengan lebih serius dalam falsafah solat dalam kehidupan seharian kita. Pertama-tamanya kita bagaimana solat itu dilakukan. Solat itu dilakukan dan disempurnakan dengan perkara rukun dalam solat, perkara wajib dalam solat dan perkara sunat dalam solat.

                Baiklah, sekarang kita lihat, sekiranya solat berjemaah, wajib bagi makmum mengikut pergerakan imam dalam solat. Jadi apakah yang patut dilakukan oleh makmum sekiranya imam tersilap ataupun terbatal? Mari kita bincangkan..jika imam tersalah atau terlupa maka kita sebagai makmum perlu menegur imam dengan menyebut “ Subhanallah”. Dan jika imam terbatal maka salah seorang makmun perlu menggantikan imam. Dan sekiranya makmum mendapati pada pakaian imam ada najis maka makmum boleh berniat mufaraqah ataupun keluar daripada imam dan meneruskan solat secara sendiri..

                Kat sini saya nak ceritakan tentang aplikasi solat dalam kehidupan kita..pertama..jika seorang ketua dalam sesebuah Negara mengajak melakukan kebaikan maka kita sebagai rakyat wajib patuh dan ikut. Tetapi jika ketua kita melakukan kesalahan maka kita sebagai rakyat wajib mencegah di mana ada tiga peringkat pencegahan yang disebutkan dalam hadis Rasulullah S.A.W. iaitu dengan tangan, jika tidak mampu tegur;ah dengan lisan dan jika tidak mampu maka bencilah dengan hati.. dan jika kita mendapati dia iaitu ketua kita tidak menerima nasihat untuk berubah menjadi lebih baik dan terus menerus melakukan dosa maka kita wajib tidak taat kepada ketua tersebut..tiada tolak-ansur dalam melakukan dosa..dan tiada sokongan dalam melakukan kemumngkaran..

             Serius sikit kali ni..harap semua mendapat manfaat ya.. Assalamualaikum..

Wednesday, 29 July 2015

English Vinglish

Serius aku tak boleh move on daripada movie ni..haha..jalan cerita yang best dan yang lagi penting banyak pengajaran yang kita boleh dapat.. kekeluargaan, kehidupan, pelajaran, usaha..aku syorkan kawan-kawan tengok la movie ni..hehe..aku pun baru ja download dua tiga hari lepas..hahahaha..ok la..ni aku nak cerita apa yang aku dapat daripada movie ni..

·         Mula-mula sekali, kita dalam keluarga mestilah hormat-menghormati..jangan memandang rendah keluarga kita..lebih-lebih lagi anak-anak jangan sesekali pandang rendah kepada mak ayah kita..walaupun mak ayah kita belajar tak tinggi..walaupun mak ayah kita tak reti bahasa inggeris..walaupun mak ayah kita kerja kampung..walaupun mak ayah kita tak ada gelaran “Doktor”..walaupun ayah kita pakai kereta buruk..walaupun mak ayah kita pakai baju koyak-koyak..ketahuilah..merekalah mak ayah kita..merekalah mak ayah terbaik untuk kita..tak ada ganti..di sebalik kekurangan ada kelebihan.. mereka berusaha dalam mencari nafkah untuk membesarkan kita sehingga menjejakkan kaki ke alam universiti yang mana satu alam yang mereka sendiri tidak pernah lalui..bersyukurlah dan jangan sesekali lupa jasa mereka.

·         Kedua, jangan sesekali berputus asa dalam pelajaran..kalau gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya..ingat kawan-kawan..tak ada istilah terlambat..sekalipun kita mula berusaha untuk belajar pada umur 99 tahun..selagi kita tak mati..selagi tu la peluang untuk kita belajar masih terbuka..selagi kita hidup selagi itulah kita berusaha..berusaha untuk belajar..

·         Ketiga, jangan jadi gay..hahahahahaha..serius2..Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender melanggar syariat Islam..jangan ya..

·         Keempat, berkawan dengan semua..jangan ada sikap perkauman..kawan..apabila adanya sikap RACIST dalam diri kita..jangan mimpilah kita dapat bersatu..jangan mimpilah kita akan hidup aman..jangan mimpi..

Ok la..tak tau dah nak tulis apa..haha..nanti kita sambung tajuk lain pulak..wassalam..^_^

Monday, 15 June 2015

Sejarah tak akan berulang

Harap-harapnya macam tu la..sejarah tak akan berulang..haha..ni aku saja nak cerita sikit masa aku form 3 dulu.. aku ni sebenarnya lemah sejarah..aku ni..kalau exam sejarah malam sebelum exam tu memang aku tidoq lambat la sebab baca sejarah..besa la..last minit..haha..lagi pun aku jenis susah nak ingat fakta (ya la..dah nama pun study last minute..padan muka..)..tapi yang speselnya..aku tak pernah gagal sejarah.. nyaris gagal ada la..haha..skolah aku 49% dah gagal dah..kira aku paling cikai sejarah pernah dapat 50..tapi jarang sangat dapat B(seingat aku la..) apatah lagi A..memang jauh la..hahahahaha..

                Ok..ni  baru nak mula cerita..aku dulu time trial PMR..macam biasa..aku konfiden la jawab..tak pernah fail kan?haha..lepas trial tu..cikgu aku bagi markah exam..dia masuk..tapi sebelum dia masuk kelas aku ada dengar desas-desus yang mengatakan dalam satu batch tu ada sorang ja gagal sejarah..aku ni yakin aku tak fail..paling kurang aku akan dapat 50%..muahahaha..riak rrr..tak baik macam tu..ok la..sambung cerita..pastu cikgu aku pun masuk..dia bagi kertas tapi tak tulis markah..dia suruh kami kira sendiri..aku kira..sekali..eeehhhh…aku kira sekali lagi… eeeeeeeeehhhhhhh..aku kira lagii…ah sudah..i’m the chosen one..hahahahahahahahahahahahaha.. cikgu menjeling aku..dengan dialog, ” amacam izzat?”..aku..aku..hanya mampu senyum kambing..buat muka sekupang..mungkin untuk menagih simpati..tapi simpati yang aku tagihkan tidak muncul..aku gagal..gagal sejarah.. for the first time in forever……ni nak nyanyi lagu frozen ni..aku dah ter”over”  konfiden..huhu..

                Over konfiden tak baik untuk kesihatan..haha..pengajaran kat sini..confident tu perlu tapi jangan sampai over..makan diri ooo..serius makan diri..bila dah kita over konfiden ni, kalau kita tak dapat apa yang kita nak kecewa dia lebih..sebab kita nak sangat apa yang kita nak..naahhhh..berbelit dah ayat..huhu..tapi Alhamdulillah..lepas dah gagal tu aku dah cuba buang perasaan tu..dan Alhamdulillah..pmr aku tak gagal sejarah..hehe..

ok la..dah la sikit-sikit..nanti melalut pulak nanti..saja tulis sebab lama dah tak tulis..hehe..exam dan cuti membuatkan diri ni tak sempat nak tulis..cuti ok cuti..malas nak pikiaq..haha..ok la..Assalamualaikum..

Thursday, 14 May 2015

Aku Heran

Aku heran, kita rasa jijik makan babi..kerana tahu orang Islam haram makan babi..tapi.. pelik..ada antara kita tak rasa apa-apa bila makan rasuah..walaupun kita tau rasuah tu haram..

Aku heran, orang jahil disanjung, diangkat, dimulia..tapi orang alim dihina, dipijak..

Aku heran, orang kaya yang mencuri harta orang miskin..sedangkan dia punya banyak harta..tapi mangsanya yang miskin tidak punya apa-apa..

Aku heran, bila orang yang sentiasa berjanji manis..tapi janji hanya tinggal janji..

Aku heran, orang yang bersikap tamak seperti qarun walaupun dia tahu qarun dihancurkan kerana ketamakannya..

 Aku heran, aku heran, satu kenyang  seribu kelaparan..(ok..ni lirik lagu..hahahaha)

Aku heran, aku heran, yang salah dipertahankan..aku heran, aku heran, yang benar disingkirkan..(lirik lagu lagi..hihi)

Aku heran, orang yang meminta jawatan..seperti hanya dia yang paling layak pegang jawatan tersebut..tapi..dia mengkhianati kepercayaan orang..

Aku heran, bila kutuk hukum Tuhan..orang be like "nothing happened"..tapi..bila kutuk hukum manusia..ada yang kena sekat, kena tangkap, kena penjara..

Ok..ok..seronok kan jadi hamba manusia?


p/s: kredit kepada tuan gambar dan incik google..saya salin dan lekat ja..senyum selalu..^_^

Thursday, 30 April 2015

Longkang

Diam tak bermakna suka..melawak boleh tapi ada hadnya kawan-kawan..nak melawak,nak bergurau..boleh.. tapi jaga hati kawan-kawan kita..melawak tapi tidak mengutuk..melawak tapi tidak menghina..apabila kita bergurau dan kawan kita dah buat  tak tau tu..hentikanlah..dia diam bukan bermaksud redha tetapi lebih kepada tidak suka bergaduh..sebab kawan-kawan..senang untuk mulakan perbalahan dan pergaduhan tetapi SUSAH untuk berbaik semula..susah..dan semestinya perlu ketepikan ego kita  untuk meminta maaf..

Satu lagi..aku nak cakap jugak pasal tajuk kita ni..LONGKANG..haha..baru nak masuk tajuk..apa kena mengena dengan longkang? aku ambik istilah ni daripada apa yang aku pernah dengar daripada orang..maaf kasar..tapi aku nak sebut jugak..”mulut longkang”..benci kan dengar perkataan ni? tambah-tambah kalau perkataan ni ditujukan kepada kita..apa sebenarnya mulut longkang yang aku maksudkan ni? mulut yang tak pandai dijaga, mulut yang hanya tahu bercakap tanpa menghiraukan perasaan orang lain, mulut yang berat untuk menuturkan perkataan “maaf”.. apabila hadirnya mulut ini maka yang lain akan mula meluat..lebih kurang macam ni la maksud dia..kasar kan? ya kasar..aku pun tak suka..

Tapi berapa ramai yang jenis cakap lepas..tak jaga hati orang lain? Kawal kata-kata kita..supaya tidak menghiris, mencincang, merincik, dan memotong dadu hati sahabat-sahabat kita..Aku yakin..ramai orang pernah rasa macam ni..jadi fikir la..apa yang orang akan rasa kalau kita melawak lebih-lebih..kadang-kadang kita buat rilek ja kan?tak pa..sabar ja..aku pun sedang berlatih untuk bersabar..aku pun tak tau setakat mana boleh bersabar..hahahaha..in sya Allah..aku akan cuba seupaya mungkin..aku teringat sepotong hadis riwayat Al-Bukhari yang berbunyi..

حدثنا آدم بن أبي إياس، قال: حدثنا شعبة، عن عبد الله بن أبي السفر، وإسماعيل بن أبي خالد، عن الشعبي، عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: «المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده، والمهاجر من هجر ما نهى الله عنه»

Maksudnya: Orang muslim itu adalah orang yang menyelamatkan semua orang Islam daripada bencana akibat ucapan dan perbuatan tangannya. Dan orang muhajir(orang yang berhijrah) adalah orang yang meningalkan segala larangan Allah.” 

nota kaki: Sahih Al-Bukhari, juzuk 1, muka surat 11, hadis no 10

Aku tak tujukan kata-kata ni kat sesiapa..aku pun ada terlepas cakap..ni adalah nasihat untuk kita bersama..sama-sama la kita berubah..yang penting kalau kita terlepas cakap cepat-cepat minta maaf..bukan apa..perkataan maaf yang ikhlas mampu menyejukkan hati yang tengah panas..ok la..panjang pulak kan..haha..semoga bermanfaat..nasihat tanda sayang..muah ciked..^_^


Sunday, 26 April 2015

Perahu retak


Perahu negeriku, perahu bangsa ku
menyusuri gelombang
semangat rakyat ku kibar benderaku 
menyeruak lautan

langit membentang cakrawala di depan
melambaikan tantangan
di atas tanahku, dari dalam airku
tumbuh kebahagiaan
di sawah kampungku, di jalan kotaku
terbit kesejahteraan
tapi kuheran di tengah perjalanan
muncullah ketimpangan
aku heran, aku heran
yang salah dipertahankan
aku heran, aku heran
yang benar disingkirkan
perahu negeriku, perahu bangsaku
jangan retak dindingmu
semangat rakyatku, derap kaki tekadmu
jangan terantuk batu
tanah pertiwi anugerah ilahi
jangan ambil sendiri
tanah pertiwi anugerah ilahi
jangan makan sendiri
aku heran, aku heran
satu kenyang, seribu kelaparan
aku heran, aku heran
keserakahan diagungkan

p/s: lirik lagu "perahu retak"


Friday, 17 April 2015

Beletiaq

Aku nak beletiaq sikit ni..hehe..makluman untuk yang keliru..beletiaq=berleter..takut jugak kalau orang ingat mencarut..haha..loghat utara ni..

Assalamu'alaikum..hai..^_^..hari ni aku nak komen sikit..alaaa..sikit ja..guna perkataan “aku” boleh kan?baru feel tu lebih sikit kalau guna “aku”..hehe..sebenarnya aku nak komen tentang orang yang suka pandang rendah kat orang lain..walaupun benda ni aku dah pernah tulis kat wall facebook aku, aku tak kira..nak tulis jugak sebab aku tak tau nak tulis apa dah..hahahaha..aku tulis ni jugak sebab minggu ni ramai sangat aku tengok yang komplen ramai budak-budak yang nampak alim, baik, muslimat dan seumpama dengannya ni pandang rendah kat orang yang berpakaian biasa-biasa dan baru nak berubah..dan sebenarnya jugak aku nak tulis ni sebab ada jugak orang jenis yang cakap tak jatuh..ada satu pantun orang dulu-dulu..tapi aku tak mau la sebut sebab kasar bunyinya..jangan pm aku nak mintak pantun ni..aku tak bagi..nanti takut jadi amalan pulak..haha

Ok la..kita masuk perenggan baru sebab pendahuluan tak boleh panjang-panjang..tapi terpanjang jugak..hahahaha..aku tengok sekarang ni kalau ada orang baru nak kenal Islam atau baru nak belajar tentang sesuatu perkara, dia mesti mencari kawan ataupun guru untuk bimbing dia..tapi apa yang dia dapat hanyalah perkataan kasar dan tak enak didengar..contohnya, “dah tua baru nak insaf”, ”terpesong jauh dah hang ni, jangan dekat ngan aku”, “dah tua pun tak reti baca quran lagi..memalukan” dan banyak lagi dialog yang seangkatan dengannya tapi aku malas nak taip..hehe..aku geram orang macam ni..menjatuh kan imej orang yang menggelarkan diri sebagai pendakwah ja..orang dah nak belajar..hang ajar dah la..kalau tak mau ajar mintak la tolong orang lain..tak perlu la nak hina..ish..bukan semua orang macam ni.. cuma segelintir..bak kata pepatah," kerana nila setitik rosak susu sebelanga"..lama dah tak guna pepatah dalam karangan ni..^_^

Aku bukanlah baik sangat..aku pun manusia..ada buat salah..ada buat dosa..aku pun bukanlah budak usrah..haha..tapi aku nak tegur jugak walaupun cara aku hanyalah dengan tulisan..tolong..kalau nak berdakwah biarlah kena dengan caranya..tengok cara Nabi Muhammad S.A.W ..Baginda tunjuk contoh terbaik..akhlak terbaik..kita pun kena la jadi macam tu..tunjuk contoh terbaik..qudwah hasanah..jangan tau nak hina dan caci orang ja..orang tu jahat la, orang tu dah tua tapi tak pandai ngaji la..hang jangan tau menghina ja..bayangkan kalau hang yang kena hina..bayangkan kalau hang dipandang rendah...mau berapi telinga ooo..semua orang buat salah..dan semua orang berhak berubah cuma mungkin jalan untuk kita berubah berbeza..ada yang cepat..ada yang lambat..ok..perenggan ni serius sikit..^_^.. aku tertarik dengan satu ayat Al-Quran daripada surah An-Nahl..



maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Ni penutup dah ni..jangan risau..haha..penutup selalu kena nyatakan harapan kita kan?ok la..ni harapan aku..aku harap orang yang membawa title agama jaga akhlak, jaga adab, jaga mulut dan jaga semuanya laa..sebab orang akan tengok apa kita buat..kena hati-hati supaya perbuatan kita tidak mendatangkan fitnah kepada Islam..wallahua’lam..^_^..


p/s: kredit kepada tuan gambar..saya salin dan lekat ja..senyum selalu..^_^

Friday, 10 April 2015

Tulisanku, walaupun aku menaip (typing....)


Tun Nila                                 : Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, adapun anak-anak  dari datuk-datuk menteri  sekalian memang tidak layak menjadi isteri patik Tuanku.
Tuanku Alam Shah Bana       : Tidak layak? Sebab?
Tun Nila                                 : Sebab mereka semuanya bukanlah perempuan tetapi betina semata-mata.
Tuanku Alam Shah Bana       : Tun Nila, apa bezanya perempuan dengan betina?!
Tun Nila                                 : Ampun Tuanku, perempuan memelihara maruah, tetapi betina menjual maruah.

                Kawan-kawan ingat tak dialog ni daripada filem mana? Tajam sungguh kata-kataTun Nila..tapi ada betulnya dan saya sangat setuju..tapi kawan-kawan saya semuanya perempuan malahan muslimah lagi (bodek sikit..mueehehehe)..dialog ni ialah sedutan daripada filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang bertajuk “Musang Berjanggut”..hebat sungguh mesej yang dibawa dan diketengahkan dalam filem-filem beliau..banyak pengajaran..dan semua filem beliau sangat berkait rapat dengan kehidupan kita di Malaysia..bukan setakat cintan-cintun sahaja..aahh..mula dah bab cintan-cintun..abaikan..haha..beliau ketengahkan kisah-kisah kehidupan orang susah, seorang anak derhaka, ibu, kekeluargaan dan banyak lagi..beliau adalah seorang tokoh seni yang paling saya hormati..seorang tokoh yang berpandangan amat jauh..adakah lagi anak seni sekarang yang berjiwa besar dan berpandangan jauh seperti beliau?anda nilai sendiri..cewah ayat..macam jadi wartawan pulak kan?hahahaha
                Ok la..kat sini saya bukan nya nak mengutuk perempuan..tetapi untuk mengatakan yang perempuan dan lelaki yang tidak menjaga maruah adalah sama..atau dalam bahasa kasar jantan dan betina semua sama..jaga maruah kita..nak buat sesuatu perkara tu biarlah berpada-pada dan pastikan sesuatu yang kita nak buat tu tidak menyalahi pegangan kita iaitu agama Islam..boleh berhibur..boleh bergurau..boleh berfesyen..tapi ingat..ada batasnya..
                Lelaki dan perempuan..jangan jadi terlalu murah..kita marah kalau orang panggil kita betina murahan,jantan  murahan atau GRO..tetapi kita pulak yang berkelakuan seperti  betina dan jantan murahan..jadi mana mungkin kita dapat menutup mulut orang ramai kalau kita sendiri berkelakuan seperti itu..jadi..jaga diri kita, jaga kelakuan kita, jaga akhlak kita..dan yang paling penting…jaga nama agama kita..jangan disebabkan kita, nama baik Islam tercemar..jangan..jangan..jangan..
                Ok la..terpanjang pulak..biasa la..dah lama tak update blog..banyak nak tulis..hahahah..padahal baru buat blog minggu ni..hahahahaha..bajet..bajet..teringin nak sebut ayat macam ni sebenarnya sebab tengok ramai blogger selalu sebut ayat ni “blog dah berhabuk, lama tak buka”..haha..tapi mungkin bukan masa ni untuk guna ayat tu..hehe..ok la..terima kasih sebab sudi membaca..^_^ #peacenowar


Monday, 6 April 2015

orang baru

Assalamu'alaikum..hehe..selamat datang ke blog saya..baru buat semalam..hehehehehe..alang-alang dah buat blog kena la menulis..saya buat blog ni sebenarnya saya nak berkongsi perkara-perkara yang saya rasa rugi kalau saya pendamkan seorang..in Sya Allah..dalam blog ni saya akan kongsi cara membuat kuih.......hahaha..tak la..saya nak kongsi la..tapi mungkin mengenai sesuatu benda bersifat ilmiah tapi dalam bentuk yang lebih ringan dan santai supaya sesuai untuk semua peringkat umur..cewah..iklan sikit...upppppp...haha..tapi serius..saya nak bawak kawan-kawan untuk minat bahan ilmiah..perkara yang saya nak bincang dalam blog ni bukanlah seilmiah mana..tapi mungkin ni la topik yang akan di"sembang"kan dalam blog ni..antaranya agama, politik(mungkin), common sense, pengalaman, anime(sebenarnya saya minat anime..hehehe) dan banyak lagi..semoga blog ni bermanfaat untuk semua..^_^
 p/s: kredit kepada tuan gambar..saya salin dan lekat ja..seyum selalu..^_^