Friday, 17 April 2015

Beletiaq

Aku nak beletiaq sikit ni..hehe..makluman untuk yang keliru..beletiaq=berleter..takut jugak kalau orang ingat mencarut..haha..loghat utara ni..

Assalamu'alaikum..hai..^_^..hari ni aku nak komen sikit..alaaa..sikit ja..guna perkataan “aku” boleh kan?baru feel tu lebih sikit kalau guna “aku”..hehe..sebenarnya aku nak komen tentang orang yang suka pandang rendah kat orang lain..walaupun benda ni aku dah pernah tulis kat wall facebook aku, aku tak kira..nak tulis jugak sebab aku tak tau nak tulis apa dah..hahahaha..aku tulis ni jugak sebab minggu ni ramai sangat aku tengok yang komplen ramai budak-budak yang nampak alim, baik, muslimat dan seumpama dengannya ni pandang rendah kat orang yang berpakaian biasa-biasa dan baru nak berubah..dan sebenarnya jugak aku nak tulis ni sebab ada jugak orang jenis yang cakap tak jatuh..ada satu pantun orang dulu-dulu..tapi aku tak mau la sebut sebab kasar bunyinya..jangan pm aku nak mintak pantun ni..aku tak bagi..nanti takut jadi amalan pulak..haha

Ok la..kita masuk perenggan baru sebab pendahuluan tak boleh panjang-panjang..tapi terpanjang jugak..hahahaha..aku tengok sekarang ni kalau ada orang baru nak kenal Islam atau baru nak belajar tentang sesuatu perkara, dia mesti mencari kawan ataupun guru untuk bimbing dia..tapi apa yang dia dapat hanyalah perkataan kasar dan tak enak didengar..contohnya, “dah tua baru nak insaf”, ”terpesong jauh dah hang ni, jangan dekat ngan aku”, “dah tua pun tak reti baca quran lagi..memalukan” dan banyak lagi dialog yang seangkatan dengannya tapi aku malas nak taip..hehe..aku geram orang macam ni..menjatuh kan imej orang yang menggelarkan diri sebagai pendakwah ja..orang dah nak belajar..hang ajar dah la..kalau tak mau ajar mintak la tolong orang lain..tak perlu la nak hina..ish..bukan semua orang macam ni.. cuma segelintir..bak kata pepatah," kerana nila setitik rosak susu sebelanga"..lama dah tak guna pepatah dalam karangan ni..^_^

Aku bukanlah baik sangat..aku pun manusia..ada buat salah..ada buat dosa..aku pun bukanlah budak usrah..haha..tapi aku nak tegur jugak walaupun cara aku hanyalah dengan tulisan..tolong..kalau nak berdakwah biarlah kena dengan caranya..tengok cara Nabi Muhammad S.A.W ..Baginda tunjuk contoh terbaik..akhlak terbaik..kita pun kena la jadi macam tu..tunjuk contoh terbaik..qudwah hasanah..jangan tau nak hina dan caci orang ja..orang tu jahat la, orang tu dah tua tapi tak pandai ngaji la..hang jangan tau menghina ja..bayangkan kalau hang yang kena hina..bayangkan kalau hang dipandang rendah...mau berapi telinga ooo..semua orang buat salah..dan semua orang berhak berubah cuma mungkin jalan untuk kita berubah berbeza..ada yang cepat..ada yang lambat..ok..perenggan ni serius sikit..^_^.. aku tertarik dengan satu ayat Al-Quran daripada surah An-Nahl..



maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Ni penutup dah ni..jangan risau..haha..penutup selalu kena nyatakan harapan kita kan?ok la..ni harapan aku..aku harap orang yang membawa title agama jaga akhlak, jaga adab, jaga mulut dan jaga semuanya laa..sebab orang akan tengok apa kita buat..kena hati-hati supaya perbuatan kita tidak mendatangkan fitnah kepada Islam..wallahua’lam..^_^..


p/s: kredit kepada tuan gambar..saya salin dan lekat ja..senyum selalu..^_^

2 comments: