Tun Nila : Ampun Tuanku
beribu-ribu ampun, adapun anak-anak dari
datuk-datuk menteri sekalian memang
tidak layak menjadi isteri patik Tuanku.
Tuanku Alam Shah Bana : Tidak layak? Sebab?
Tun Nila : Sebab mereka
semuanya bukanlah perempuan tetapi betina semata-mata.
Tuanku Alam Shah Bana : Tun Nila, apa bezanya perempuan
dengan betina?!
Tun Nila : Ampun Tuanku, perempuan
memelihara maruah, tetapi betina menjual maruah.
Kawan-kawan ingat tak dialog ni
daripada filem mana? Tajam sungguh kata-kataTun Nila..tapi ada betulnya dan
saya sangat setuju..tapi kawan-kawan saya semuanya perempuan malahan muslimah
lagi (bodek sikit..mueehehehe)..dialog ni ialah sedutan daripada filem
Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang bertajuk “Musang Berjanggut”..hebat sungguh
mesej yang dibawa dan diketengahkan dalam filem-filem beliau..banyak
pengajaran..dan semua filem beliau sangat berkait rapat dengan kehidupan kita
di Malaysia..bukan setakat cintan-cintun sahaja..aahh..mula dah bab
cintan-cintun..abaikan..haha..beliau ketengahkan kisah-kisah kehidupan orang
susah, seorang anak derhaka, ibu, kekeluargaan dan banyak lagi..beliau adalah
seorang tokoh seni yang paling saya hormati..seorang tokoh yang berpandangan
amat jauh..adakah lagi anak seni sekarang yang berjiwa besar dan berpandangan
jauh seperti beliau?anda nilai sendiri..cewah ayat..macam jadi wartawan pulak
kan?hahahaha
Ok la..kat sini saya bukan nya
nak mengutuk perempuan..tetapi untuk mengatakan yang perempuan dan lelaki yang
tidak menjaga maruah adalah sama..atau dalam bahasa kasar jantan dan betina
semua sama..jaga maruah kita..nak buat sesuatu perkara tu biarlah berpada-pada
dan pastikan sesuatu yang kita nak buat tu tidak menyalahi pegangan kita iaitu
agama Islam..boleh berhibur..boleh bergurau..boleh berfesyen..tapi ingat..ada
batasnya..
Lelaki dan perempuan..jangan
jadi terlalu murah..kita marah kalau orang panggil kita betina murahan,jantan murahan atau GRO..tetapi kita pulak yang
berkelakuan seperti betina dan jantan
murahan..jadi mana mungkin kita dapat menutup mulut orang ramai kalau kita
sendiri berkelakuan seperti itu..jadi..jaga diri kita, jaga kelakuan kita, jaga
akhlak kita..dan yang paling penting…jaga nama agama kita..jangan disebabkan
kita, nama baik Islam tercemar..jangan..jangan..jangan..
Ok la..terpanjang pulak..biasa
la..dah lama tak update blog..banyak nak tulis..hahahah..padahal baru buat blog
minggu ni..hahahahaha..bajet..bajet..teringin nak sebut ayat macam ni
sebenarnya sebab tengok ramai blogger selalu sebut ayat ni “blog dah berhabuk,
lama tak buka”..haha..tapi mungkin bukan masa ni untuk guna ayat tu..hehe..ok
la..terima kasih sebab sudi membaca..^_^ #peacenowar
Bgusnyeee...
ReplyDeleteterima kasih..^_^
DeleteKenal tk saya?
ReplyDeletesapa ya?nama?kalau gtau nama btul kenal kot..^_^
DeleteAisyah ni. Tapi tk tahu la kenapa nama jd internet application hihi
ReplyDeleteoo..ingat ka sapa..tq sbb baca blog ni..^_^
Delete