Tentu kawan-kawan pernah menonton filem karya Tan Sri P.
Ramlee yang berjudul “Anakku Sazali”. Apabila saya menyebut tajuk filem ini,
apakah perkara yang terlintas di benak fikiran kawan-kawan? Ya, tak lain dan
tak bukan tentang pendidikan anak-anak.
Mari kita lanjutkan perbincangan kita, sikap anak-anak
sebenarnya bergantung kepada kita. Kita yang mencorakkan sikap anak-anak. Bukan
orang lain. Seperti sabda Rasulullah S.A.W dalam hadis baginda:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : «ما من مولود إلا يولد على الفطرة،
فأبواه يهودانه وينصرانه ويمجسانه
Maksudnya: Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda:
Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang
membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani maupun seorang Majusi.
(Sahih Muslim, juzuk 4, muka surat 2047, hadis no. 2658/
Sahih Bukhari, juzuk 2, muka surat 94, hadis no. 1358/ Sunan Abu Daud, juzuk 4,
muka surat 229, hadis no. 4714-riwayat yang lain-)
Benar, pendidikan awal kanak-kanak bermula dari rumah. Baik
kita balik kepada filem “Anakku Sazali”. P. Ramlee menunjukkan bahawa telah
wujud ibu bapa yang sangat memanjakan anak-anak lebih daripada sepatutnya.
Sehingga anak-anak berani menipu.
Dan kini perkara yang dikhuatiri oleh Tan Sri P. Ramlee
telah terjadi. Iaitu guru-guru dipersalahkan atas kesalahan mendenda dan
memarahi anak murid. Dalam filem ni, perbuatan Sazali disokong oleh ayahnya.
Dan sazali tidak dimarahi ayahnya kerana ponteng sekolah. Dia berkata memang
kena pada tempatnya Sazali ponteng sekolah!!! Menyokong perbuatan salah
anak-anak dengan menghambur segala kesalahan kepada guru-guru. Saya berani
katakan, jika anak-anak tak dididik dengan tegas, kelak mereka akan menjadi SAMPAH
di tepian jalan. Jangan menyesal apabila perkara itu terjadi.
Kerana kecuaian ibu bapa, anak-anak menjadi raja, guru-guru
menjadi hamba. SUNGGUH SAYA KECEWA DENGAN PERANGAI SEGELINTIR IBUBAPA YANG
MEMENTINGKAN DIRI DAN TAK HORMAT GURU-GURU. Jangan mengharapkan terjumpa
mutiara jika kita menghasilkan sampah di lautan. Jangan mengharap anak yang
baik andai anak tak dididik dengan baik.
Sebelum aku meminta diri, ingin aku tulis dialog yang paling
best dalam filem “Anakku Sazali”:
“Bapak yang bersalah dalam soal ini, bapak membesarkan
Sazali dengan secara membabi buta saja, segala apa kemahuan Sazali bapak
tunaikan. Segala apa hajat Sazali, bapak sempurnakan, sehingga Sazali pandai
cakap bohong sama bapa. Sehingga Sazali menipu bapak. Menipu untuk kepentingan
diri.
Tetapi bapak hanya, “ANAKKU SAZALI”. Bapak yang
bertanggungjawab atas segala kelakuan buruk dan baik Sazali.”
Semoga kita dapat manfaat daripada tulisan ini. Maaf sebab
tulisan yang agak serius. Assalamualaikum.
24 hour slots near me - stillcasino.com 카지노 카지노 bet365 bet365 680NetEnt Casino 2018 - VNDOPBET
ReplyDelete